WUDHU’

PENGERTIAN WUDHU’

Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.
Dari segi syara‘, wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan bebera paperbuatan yang tertentu.

HUKUM WUDHU’

Hukum wudhu’ adalah sebagai berikut:

  1. Wajib atau fardhu, yaitu ketika hendak menunaikan ibadah seperti sembahyang, sama adasembahyang fardhu atau sembahyang sunat, ketika hendak melakukan tawaf Ka‘bah sama adatawaf fardhu atau sunat, ketika hendak menyentuh Al-Qur’an dan sebagainya
  2. Sunat, Banyak perkara yang disunatkan berwudhu’, antaranya ialah untuk membaca ataumendengar bacaan Al-Qur’an, membaca atau mendengar bacaan hadith, membawa kitab tafsir,kitab hadith atau kitab fiqh, melakukan azan, duduk di dalam masjid, melakukan tawaf di ‘Arafah,melakukan sa‘i, menziarahi makam Rasulullah, ketika hendak tidur, mengusung jenazah, malahdisunatkan sentiasa berada dalam keadaan berwudhu’ dan memperbaharui wudhu’

HIKMAH WUDHU’

Hikmah berwudhu’ ialah karena anggota-anggota tersebut terdapat kotoran yang zahir seperti debu dan lain-lain serta banyak bersentuhan  dengan dosa dan maksiat baik secara  zahir atau batin.

SYARAT-SYARAT WUDHU

Terdapat dua syarat dalam wudhu’ iaitu syarat wajib dan syarat sah.

Syarat Wajib Wudhu’

  1. Islam
  2. Baligh
  3. berakal
  4. mampu menggunakan Iair suci dan mencukupi
  5. berlakunya hadath
  6. suci dari pada haid dan nipas

Syarat Sah Wudhu

  1. Meratakan air yang suci ke atas kulit, yaitu perbuatan meratakan air pada seluruh anggotayang dibasuh hingga tiada bahagian yang tertinggal
  2. Menghilangkan apa sahaja yang menghalang sampainya air ke anggota wudhu’.
  3. Tidak terdapat perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu’ seperti darah haidh, nifas, air kencing dan seumpamanya.
  4. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berterusan dalam keadaan hadath seperti orangyang menghidap kencing tidak lawas.

SUNAT WUDHU’

Perkara sunat ketika berwudhu’ adalah sangat banyak, di antaranya ialah:
  1. Membaca “basmalah” yaitu lafaz2.
  2. Membasuh dua tapak tangan hingga pergelangan tangan.
  3. Berkumur-kumur
  4. Memasukkan air ke dalam hidung
  5. Menyapu seluruh kepala
  6.  Menyapu dua telinga
  7. Menyelati janggut yang tebal
  8. Mendahulukan anggota yang kanan daripada yang kiri
  9. Menyelati celah-celah anak jari tangan dan kaki
  10.  Melebihkan basuhan tangan dan kaki dari had yang wajib
  11. Mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali
  12. Berturut-turut iaitu tidak berselang dengan perceraian yang lama di antara satu anggotadengan anggota yang lain yang menyebabkan anggota itu kering.
  13. Menggosok anggota wudhu’ supaya lebih bersih
  14. Bersugi dengan sesuatu yang kesat
  15. Menghadap qiblat.
  16. Membaca doa selepas berwudhu.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Aconsultant System Ritel Sumatera Barat

Software & Program Kasir, Minimarket, Gudang, Apotek, Rumah Makan, Hotel, Rumah Sakit, Laundry, dan lain-lain ( Padang - Bukittinggi - Pariaman - Solok - Pasaman - Sawahlunto - Pesisir )

Bang Ori Gagah

Kepada Dzat Maha Gagah, Ku Berserah dan Pasrah

Marketing Tulen

LOOKING FROM A DIFFERENT PERSPECTIVE

Pelataran Villa Jumi-E

Jaga hatimu di Kota Padang

%d blogger menyukai ini: