Tauhid Uluhiyah & Rububiyah Serta Urgensinya.

images

TAUHID RUBUBIYYAH

Maknanya ialah beriktiqad bahwa hanya Allah, Tuhan (Rabb) Kerajaan langit dan kerajaan bumi, dan juga Allah ialah al-Khaliq (pencipta) segala apa jua yang terdapat pada keduanya, Dia jugalah pemilik segala apa yang terdapat diatas alam ini,tiadalah sekutu bagi-Nya pada kerajaan milikNya,tidaklah ada penghukum keatasNya pada apa yang telah diputuskanya, Dialah hanyasanya tuhan yang maha esa lagi tunggal pemilik sekalian alam, Dialah pemberi rezeki pada setiap yang bernyawa, Dialah juga pentadbir setiap perkara, Dialah hanyasanya yang bisa menundukkan pada setiap yang meninggi,Dialah pemberi pada setiap yang terlarang, Dialah juga yang bisa memberi kemudharatan pada setiap yang memberi manfaat, Dialah juga yang bisa memuliakan pada setiap yang terhina, dan setiap yang selain dari pada-Nya tidaklah memiliki pada dirinya kemanfaatan walau kemudharatan melainkan dengan izin dan kehendak-Nyalah jua.

Inilah antara bahagian tauhid yang tidaklah boleh dingkari oleh sesiapa pun, tetapi telah dingkari oleh golongan al-Madiyyun dan al-Mulhidun yang mana mereka telah mengingkari akan kewujudan Allah ini, begitu juga dengan orang-orang pada zaman dahulu kala yang juga mengingkari kewujudan Allah ini serta sama sahaja dengan orang-orang pada zaman sekarang ini yang kita kenali dengan nama Komunisme.

Sebagai contoh golongan Al-Madiyyun (golongan yang mengimani pada wujudnya dua tuhan) yang beriktiqad bahwa sesungguhnya alam yang terbentang ini dipunyai oleh dua jenis tuhan,iaitu Tuhan Cahaya dan Tuhan Kegelapan, manakala golongan Musyrikin seperti bangsa Arab Jahiliyyah pula yang mana kebanyakkan mereka tidaklah mengingkari pada bahagian tauhid ini,bahkan mereka mengetahuinya bahawa wujudnya Allah ini, seperti yang telah dirakamkan didalam Al-Quran surah Al-Ankabut ayat:61

“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan yang menundukkan matahari dan bulan?Tentu sekali mereka akan menjawab: Allah, maka betapakah mereka dipalingkan dari jalan yang benar” (al-Ankabut:61)

“Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka:Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air pada bumi sesudah matinya?Tentu mereka akan menjawab:Allah,katakanlah,segala puji bagi Allah ,tetapi kebanyakkan mereka tidaklah memahaminya”(al-Ankabut:63)

dan pada surah al-Mukminun ayat 84 sehingga 89:

“Katakanlah: Keupayaan siapakah bumi ini ? dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui, Mereka akan menjawab: Keupayaan Allah, maka apakah kamu tidak ingat ? Katakanlah: Siapakah yang empunya langit yang tujuh dan yang empunya ‘Arsy yang maha besar itu ? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah, maka apakah kamu tidak bertaqwa ? Katakanlah, siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari azabnya, jika kamu mengetahui ! Mereka akan menjawab:Kepunyaan Allah, katakanlah, maka dari jalan manakah kamu ditipu ?”( surah al-Mukminun ayat 84 – 89)

Maka inilah dia jawaban kaum Musyrikin itu, menunjukkan bahawa sesungguhnya mereka mengakui pada Tauhid Rububiyyah Allah ini, disebabkan keadaan(Kaunu) dan pentadbiran Allah pada setiap perkara, sesungguhnya, keimanan mereka ini hanya terletak pada Rububiyyah Allah taala sahaja, dengan keadaan mengetahui hendaklah menyembah Allah yang esa dan janganlah menyekutukaNya dengan menyembah selain Allah,tetapi mereka telah mengingkari pada satu lagi bahagian tauhid yang lain, yaitu Tauhid al-Ilahiyah ataupun Tauhid al-Uluhiyyah.

TAUHID ULUHIYYAH.

Makna tauhid al-Uluhiyyah pula ialah MENGesaKAN ALLAH TAALA PADA SETIAP IBADAT DAN KHUDU’ (TUNDUK) DAN TAAT SECARA MUTLAK KEPADA ALLAH, DAN TIDAKLAH MENYEMBAH SELAIN ALLAH YANG MAHA ESA, DAN JUGA TIDAKLAH MENYEKUTUKAN ALLAH DENGAN SESUATU APA PUN JUA YANG WUJUD DIBUMI DAN DILANGIT, dan tidaklah dapat direalisasikan tauhid itu secara hakiki jika tidak menggabungkan Tauhid Rububiyyah dengan Tauhid Uluhiyyah bersama,tidaklah mencukupi jika hanya beriktiqad dengan salah satu tauhid sahaja, maka kaum arab Musyrikin juga mengakui pada tauhid ini, tetapi dalam masa yang sama mereka tidaklah memeluk agama islam kerana mereka telah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak mempunyai apa-apa keupayaan walau kekuasaan, lalu mereka mengimani pada makhluk lain sebagai tuhan,dengan sangkaan bahawa mereka dapat mendekatkan diri mereka pada Allah Yang Maha Tinggi ataupun dapat memberikan manfaat kepada mereka disisi Allah Taala.

Penganut agama Nasrani pula (Kristian)mereka mengingkari bahawa sesungguhnya Allah itu tuhan sekalian langit dan bumi,mereka telah menyekutukan Allah dengan Al-Masih Nabi Isa alaihis salam,mereka telah menjadikan dia sebagai tuhan selain Allah, dan di dalam Al-Quran pula telah menganggap mereka ini semua sebagai Kafir,diharamkan pada mereka syurga Allah dan masuklah mereka semua ke Neraka selama-lamanya.Dan sesungguhnya,sejak zaman berzaman lagi,manusia telah sesat pada bahagian tauhid ini,mereka telah menyembah selain Allah dengan tuhan yang pelbagai jenis,contohnya,tuhan Kaum Nabi Nuh alaihissalam: Waddan, Suwa’, Yaghuts, Ya’uq dan Nasra, Tuhan Kaum Nabi Ibrahim: Berhala, dan tuhan kaum Mesir Purba pula,Al-’Ajl,manakala tuhan bagi penganut Hindu yaitu lembu dan tuhan Kaum Sabak iaitu matahari dan Tuham Kaum as-Sobieun yaitu bintang-bintang dan tuhan Kaum Majusi yaitu  api, dan Tuhan Kaum Arab Jahiliyyah yaitu berhala dan batu dan tuhan penganut Kristian pula iaitu Al-Masih Isa alaihissalam serta ibunya Maryam dan mereka juga menyembah paderi yaitu selain daripada Allah Taala, kesemuanya mereka ini ialah Musyrikun, karena mereka tidaklah mengEsakan Allah Taala dalam beribadat yaitu yang semestinya tidaklah boleh kita menyembah selaiNya. Apakah pula maknanya ibadat itu ?? yaitu yang menjadi hak Allah Taala yang maha esa ??

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Aconsultant System Ritel Sumatera Barat

Software & Program Kasir, Minimarket, Gudang, Apotek, Rumah Makan, Hotel, Rumah Sakit, Laundry, dan lain-lain ( Padang - Bukittinggi - Pariaman - Solok - Pasaman - Sawahlunto - Pesisir )

Bang Ori Gagah

Kepada Dzat Maha Gagah, Ku Berserah dan Pasrah

Marketing Tulen

LOOKING FROM A DIFFERENT PERSPECTIVE

Pelataran Villa Jumi-E

Jaga hatimu di Kota Padang

%d blogger menyukai ini: